SKRIP PENGACARA MESYUARAT AGUNG PIBG SK CLIFFORD KALI KE-35 TAHUN 2012
PEMAKLUMAN: ( 15 MINIT SEBELUM ACARA BERMULA )
1. Assalamualaikum wbh dan salam sejahtera
2. Majlis mengucapkan selamat datang kepada semua hadirin ke MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU DAN GURU SK CLIFFORD TAHUN 2012.
3. Bagi pihak urusetia, saya ingin menyampaikan beberapa makluman kepada para hadirin.
4. Aturcara majlis adalah seperti yang tertera pada buku program.
5. Mohon kerjasama daripada tuan-tuan dan puan-puan UNTUK MATIKAN TELEFON BIMBIT atau sediakan dalam ‘silent mode’.
6. Para hadirin diminta berdiri semasa ketibaan tetamu jemputan
SKRIP PENGACARAAN
BIL | AGENDA | SKRIP | TINDAKAN |
1 | Ketibaan tetamu kehormat | Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Encik Ahmad Fikri Emir bin Ahmad Turki, Pengurus Cyber Bang ke Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa Dan Guru Sk Clifford Kali Ke-35 Tahun 2012. | |
2 | Protokol | Bismillahirrahmanirrahim..... Alhamdulillahi Rabbil Alamin. Wassolati wassalamu ‘ala ashrafil anbia iwalmursalin. Wa’ala alihi wa ashabihi ajma’in Assalamualaikum whb, salam sejahtera, Salam 1 Malaysia dan Salam Perak Amanjaya Yang Berbahagia Encik Ahmad Fikri Emir bin Ahmad Turki, Pengurus Cyber Bang Yang Berusaha Encik Roslan bin Kechil, Guru Besar Cemerlang SK Clifford Yang Dihormati Encik Kamaruddin b Sulaiman, Yang Dipertua PIBG, SK Clifford Puan Rashadah bt Othman, Penolong Kanan Pentadbiran Tuan Haji Ali Othman bin Dayon, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Puan Zaleha bt Abdul Hamid Penolong Kanan Kokurikulum Barisan ahli jawatankuasa PIBG, Guru-guru, seterusnya tuan-tuan dan puan-puan hadirin sekalian. | Faridah |
3 | Alu-aluan | Bulat Air Kerana Pembentung Bulat Manusia Kerana Muafakat Faham Sesuai, Benar Seukur Bulat Segolek, Pipih Selayang Rundingan Jangan Selisih Muafakat Jangan Bercanggah Tuah Pada Sekata Berani Pada Seia Ibarat Labu Menjalar Ke Hulu Ibarat Kundur Menjalar Ke Hilir Pangkalnya Sama Dipupuk Pucuknya Sama Digentis Yang Jauh Dijemput Dengan Desta Yang Dekat Dijemput Dengan Tepak Berhimpun Dan Bermuafakat Bagi menjayakan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Clifford kali ke-35. | Faridah |
4 | Bacaan doa | Sidang hadirin, Menadah tangan tanda kerendahan, Lafaz Bismillah memperkukuh tautan; Doa dipohon penuh pengharapan, Agar majlis mendapat keberkatan. Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan bermunajat, memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat. Oleh itu, majlis mempersilakan Al-fadhil Tuan Haji Ahmad Hisham bin Zainal untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan..... - Bacaan Doa Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Al-fadhil Ustaz atas bacaan doa itu tadi. | Ustaz Wan Azizan |
5 | Ucapan Alu-aluan YDP PIBG | Warga dewan yang mulia. Encik Kamaruddin YDP PIBG, Segak orangnya kemas bergaya; Dijemput ke pentas tampilkan diri, Memberi ucapan pembuka bicara. Sebagai pembuka persada ucapan, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Encik Kamaruddin bin Sulaiman, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Cllifford untuk memberikan ucapan. Dengan sukacitanya dipersilakan.... - Ucapan YDP PIBG Majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas ucapan sebentar tadi. | Ustaz Wan Azizan |
6 | Ucapan Guru Besar | Tuan-tuan dan puan-puan hadirin sekalian, Seorang pemimpin hebat, Menjadi suluh dalam gelita, Menjadi penawar dalam bisa, Menjadi penenang dalam duka, Menjadi penyejuk dalam derita, Menjadi penyabar dalam murka. Justeru, majlis dengan segala hormatnya menjemput Encik Roslan bin Kechil, Guru Besar Cemerlang merangkap Penasihat PIBG SK Clifford untuk menyampaikan ucapan. Majlis mempersilakan.... - Ucapan Guru Besar Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Guru Besar atas ucapan sebentar tadi. | Ustaz Wan Azizan |
7 | Ucapan Perasmian | Sidang warga dewan sekalian, Sirih junjung penuh bererti, Indahnya adat tidak terperi; Tibalah saat masa dinanti, Mendengar amanat ucapan perasmi. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia Encik Ahmad Fikri Emir bin Ahmad Turki, Pengurus Cyber Bang untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Clifford Kali Ke-35 bagi tahun 2012. Dengan penuh takzim majlis mempersilakan..... - Ucapan Perasmian Dengan Bismillah kita mulai, Alhamdulillah wassola tannabi; Dengan takbir llahi Rabbi, Selesailah sudah upacara merasmi. Majlis merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berbahagia Encik Ahmad Fikri Emir bin Ahmad Turki atas ucapan dan kesudian menyempurnakan majlis perasmian sebentar tadi. | Faridah |
8 | Penyampaian Sijil dan cendera-hati | Beli keladi di Pekan Lidup, Sayang rasa lemaknya kurang; Taburlah budi ketika hidup, Kelak jasa dikenang orang. Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil kepada Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2011/2012. Justeru, sekali lagi majlis menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia Encik Ahmad Fikri Emir bin Ahmad Turki, Pengurus Cyber Bang diringi oleh Yang Berusaha Encik Roslan bin Kechil, Guru Besar Cemerlang SK Clifford untuk naik ke pentas bagi menyempurnakan majlis penyampaian sijil kepada Ahli Jawatankuasa PIBG SK Clifford sesi 2011/2012. Dengan segala hormatnya dipersilakan.... Akar keladi melilit selasih, Selasih tumbuh di hujung taman; Kalungan budi junjungan kasih, Mesra kenangan sepanjang zaman. Dijemput..............(rujuk senarai nama) Dijemput.............. Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Encik Ahmad Fikri Emir bin Ahmad Turki kerana sudi menyempurnakan majlis sebentar tadi. Sebagai tanda terima kasih, dipersilakan Encik Roslan bin Kechil, Guru Besar Cemerlang SKC untuk menyampaikan cenderahati tanda ingatan daripada warga PIBG SK Clifford kepada tetamu istimewa kita pada hari ini. Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar. | Ustaz Wan Azizan |
9 | Penutup | Dengan berakhirnya majlis penyampaian sijil dan cenderahati itu tadi, maka selesailah sudah majlis perasmian Mesyuarat Agung kita pada hari ini. Kami bagi pihak ahli jawatankuasa Mesyuarat Agung PIBG kali ke-35 merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dalam menjayakan majlis pada hari ini. Dari mana asalnya, usah diusul, Molek budinya menambat hati; Dua tiga bicara salah tersasul, Jangan dibawa ke dalam hati. Bintang barat terbitnya petang, Bintang timur terbitnya pagi; Jika tidak melarat panjang, Tersisa umur bertemu lagi. Mengumumkan Tetamu Kehormat meninggalkan majlis. Untuk makluman hadirin sekalian, majlis berhenti rehat dan dijemput kepada semua hadirin di dewan ini untuk mengambil minuman yang disediakan di belakang dewan dan majlis akan bersambung semula pada pukul........ Sekian, wabilahitaufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh. | Faridah |
TERIMA KASIH TIDAK TERHINGGA,
ReplyDeleteSEMOGA PUAN DILIMPAHI CAHAYA,
TIDAK KEDEKUT BERKONGSI CERITA,
ILMU BICARA PEMANIS KATA.
hebat dan terima kasih
DeleteAPA DIKIRA ILMUNYA DUNIA,
ReplyDeleteILMU ALLAH TIDAK TERKIRA;
BERSAMA-SAMA BERKONGSI IDEA,
DEMI KEBAIKAN KITA BERSAMA.
asalamualaikum...indah sekali bahasa ...mohon untuk jadikan skrip utk mesyuarat agung sek saya...terima kasih daun keladi....
ReplyDeleteDengan segala hormatnya dipersilakan, puan.
Deletemana datangnya indah bahasa kalau bukan dari kita yang mengatur bicara...semoga bait2 bahasa indah ini diteruskan oleh generasi muda kini.. mohon share.. :)
ReplyDeletemaaf kerana sudah lama saya tidak membuka blog ini lantaran kelemahan saya lupa akan kata laluan...silakan jika masih berminat.
Deletetahniah mohon kongsi bersama..
ReplyDeletemaaf kerana sudah lama saya tidak membuka blog ini lantaran kelemahan saya lupa akan kata laluan...silakan jika masih berminat.
Deleteindah bahasa puan..
ReplyDeletemohon dijadi rujukan untuk majlis sek saya..
terima kasih
maaf kerana sudah lama saya tidak membuka blog ini lantaran kelemahan saya lupa akan kata laluan...silakan jika masih berminat.
Deleteindah bahasa puan..
ReplyDeletemohon dijadi rujukan untuk majlis sek saya..
terima kasih
Tahniah puan....
ReplyDeleteTerima kasih di atas perkongsian ini.
Mohon menggunakan untuk majlis yang menghampiri ya.. Semoga diberkati Allah selalu..
ReplyDeletemaaf kerana sudah lama saya tidak membuka blog ini lantaran kelemahan saya lupa akan kata laluan...silakan jika masih berminat.
DeleteSaya memohon maaf kepada semua pengunjung yg pernah menapak di sini...masih banyak koleksi skrip yg ingin saya kongsikan di sini...namun dek kelemahan saya sehinggakan terlupa kata laluan membuatkan saya tidak mampu untuk memberikan skrip2 yang terbaharu....maafkan saya sekali lagi.
ReplyDeleteSaya memohon maaf kepada semua pengunjung yg pernah menapak di sini...masih banyak koleksi skrip yg ingin saya kongsikan di sini...namun dek kelemahan saya sehinggakan terlupa kata laluan membuatkan saya tidak mampu untuk memberikan skrip2 yang terbaharu....maafkan saya sekali lagi.
ReplyDeleteAssalammualaikum.. Saya mohon guna skrip ini utk majlis di sekolah.Semoga Cikgu mendapat keberkatan atas perkongsian ini.
ReplyDeleteDgn hormatnya dipersilakan...
DeleteAssalamualaikum...mohon halalkan skrip ini yang bakal saya gunakan dalam mesy agung PIBG sek sy pd 29 Feb nanti...semoga Allah memberkati..
ReplyDeleteDgn segala hormatnya dipersilakan...
DeleteDgn segala hormatnya dipersilakan...
DeleteSalam takzim dari saya, mohon halalkan skrip di atas. Smoga Allah memberkati cikgu dan keluarga cikgu dunia dan akhirat.
ReplyDeleteMaaf kerana lambat membalasnya tuan. Saya halalkan.
Deletealhamdulillah permudahkan org lain Allah permudahkan urusan anda :)
ReplyDeletealhamdulillah
DeleteAssalammualaikum cikgu, mohon halalkan skrip di atas. semoga cikgu diberkati dunia akhirat.
ReplyDeletesaya halalkan
Deletesaya sangat sukakan skripnya. Tq for sharing.
ReplyDeleteWelcome...
ReplyDeletetuan, mohon dikongsi skrip yg indah ini ye.
ReplyDelete