MySeLf

Wednesday 18 April 2012

Skrip Pengacara Majlis Mesyuarat Agung PIBG

SKRIP PENGACARA MESYUARAT AGUNG PIBG SK CLIFFORD KALI KE-35 TAHUN 2012
PEMAKLUMAN:  ( 15 MINIT SEBELUM  ACARA BERMULA )
1.     Assalamualaikum wbh dan salam sejahtera
2.    Majlis mengucapkan selamat datang kepada semua hadirin ke MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU DAN GURU SK CLIFFORD TAHUN 2012.
3.    Bagi pihak urusetia, saya ingin menyampaikan beberapa makluman kepada para hadirin.
4.    Aturcara majlis adalah seperti yang tertera pada buku program.
5.    Mohon kerjasama daripada tuan-tuan dan puan-puan UNTUK  MATIKAN TELEFON BIMBIT atau sediakan dalam ‘silent mode’.
6.    Para hadirin diminta berdiri semasa ketibaan tetamu jemputan
SKRIP PENGACARAAN
BIL
AGENDA
SKRIP
TINDAKAN
1
Ketibaan tetamu kehormat
Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Encik Ahmad Fikri Emir bin Ahmad Turki, Pengurus Cyber Bang ke Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa Dan Guru Sk Clifford Kali Ke-35 Tahun 2012.


2
Protokol
Bismillahirrahmanirrahim.....
Alhamdulillahi Rabbil Alamin. Wassolati wassalamu ‘ala ashrafil anbia iwalmursalin.
Wa’ala alihi wa ashabihi ajma’in

Assalamualaikum whb, salam sejahtera, Salam 1 Malaysia dan Salam Perak Amanjaya
Yang Berbahagia  Encik Ahmad Fikri Emir bin Ahmad Turki,
Pengurus Cyber Bang
Yang Berusaha Encik Roslan bin Kechil,
Guru Besar Cemerlang SK Clifford
Yang Dihormati  Encik Kamaruddin b Sulaiman,
Yang Dipertua PIBG, SK Clifford
Puan Rashadah bt Othman,
Penolong Kanan Pentadbiran
Tuan Haji Ali Othman bin Dayon,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Puan Zaleha bt Abdul Hamid
Penolong Kanan Kokurikulum
Barisan ahli jawatankuasa PIBG,
Guru-guru, seterusnya tuan-tuan dan puan-puan hadirin sekalian.



Faridah
3
Alu-aluan
Bulat Air Kerana Pembentung
Bulat Manusia Kerana Muafakat
Faham Sesuai, Benar Seukur
Bulat Segolek, Pipih Selayang
Rundingan Jangan Selisih
Muafakat Jangan Bercanggah
Tuah Pada Sekata
Berani Pada Seia
Ibarat Labu Menjalar Ke Hulu
Ibarat Kundur Menjalar Ke Hilir
Pangkalnya Sama Dipupuk
Pucuknya Sama Digentis
Yang Jauh Dijemput Dengan Desta
Yang Dekat Dijemput Dengan Tepak
Berhimpun Dan Bermuafakat
Bagi menjayakan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Clifford kali ke-35.

Faridah
4
Bacaan doa
Sidang hadirin,

Menadah tangan tanda kerendahan,
Lafaz Bismillah memperkukuh tautan;
Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar majlis mendapat keberkatan.

Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan bermunajat, memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat.  Oleh itu, majlis mempersilakan Al-fadhil Tuan Haji Ahmad Hisham bin Zainal untuk memimpin bacaan doa.  Dipersilakan.....

- Bacaan Doa

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Al-fadhil Ustaz atas bacaan doa itu tadi.

Ustaz Wan Azizan
5
Ucapan Alu-aluan YDP PIBG
Warga dewan yang mulia.

Encik Kamaruddin YDP PIBG,
Segak orangnya kemas bergaya;
Dijemput ke pentas tampilkan diri,
Memberi ucapan pembuka bicara.

Sebagai pembuka persada ucapan, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Encik Kamaruddin bin Sulaiman, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Cllifford untuk memberikan ucapan.
Dengan sukacitanya dipersilakan....

- Ucapan YDP PIBG

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas ucapan sebentar tadi.

Ustaz Wan Azizan
6
Ucapan Guru Besar
Tuan-tuan dan puan-puan hadirin sekalian,

Seorang pemimpin hebat,
Menjadi suluh dalam gelita,
Menjadi penawar dalam bisa,
Menjadi penenang dalam duka,
Menjadi penyejuk dalam derita,
Menjadi penyabar dalam murka.

Justeru, majlis dengan segala hormatnya menjemput Encik Roslan bin Kechil, Guru Besar Cemerlang merangkap Penasihat PIBG SK Clifford untuk menyampaikan ucapan.
Majlis mempersilakan....

- Ucapan Guru Besar

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Guru Besar atas ucapan sebentar tadi.

Ustaz Wan Azizan
7
Ucapan Perasmian
Sidang warga dewan sekalian,

Sirih junjung penuh bererti,
Indahnya adat tidak terperi;
Tibalah saat masa dinanti,
Mendengar amanat ucapan perasmi.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia Encik Ahmad Fikri Emir bin Ahmad Turki, Pengurus Cyber Bang untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Clifford Kali Ke-35 bagi tahun 2012.

Dengan penuh takzim majlis mempersilakan.....

- Ucapan Perasmian

Dengan Bismillah kita mulai,
Alhamdulillah wassola tannabi;
Dengan takbir llahi Rabbi,
Selesailah sudah upacara merasmi.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berbahagia Encik Ahmad Fikri Emir bin Ahmad Turki atas ucapan dan kesudian menyempurnakan majlis perasmian sebentar tadi.

Faridah
8
Penyampaian Sijil dan cendera-hati
Beli keladi di Pekan Lidup,
Sayang rasa lemaknya kurang;
Taburlah budi ketika hidup,
Kelak jasa dikenang orang.

Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil kepada Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2011/2012.

Justeru, sekali lagi majlis menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia  Encik Ahmad Fikri Emir bin Ahmad Turki, Pengurus Cyber Bang diringi oleh Yang Berusaha Encik Roslan bin Kechil, Guru Besar Cemerlang SK Clifford untuk naik ke pentas bagi menyempurnakan majlis penyampaian sijil kepada Ahli Jawatankuasa PIBG SK Clifford sesi 2011/2012.

Dengan segala hormatnya dipersilakan....

Akar keladi melilit selasih,
Selasih tumbuh di hujung taman;
Kalungan budi junjungan kasih,
Mesra kenangan sepanjang zaman.


Dijemput..............(rujuk senarai nama)
Dijemput..............

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Encik Ahmad Fikri Emir bin Ahmad Turki kerana sudi menyempurnakan majlis sebentar tadi.  

Sebagai tanda terima kasih, dipersilakan Encik Roslan bin Kechil, Guru Besar Cemerlang SKC untuk menyampaikan cenderahati tanda ingatan daripada warga PIBG SK Clifford kepada tetamu istimewa kita pada hari ini.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar.

Ustaz Wan Azizan
9
Penutup
Dengan berakhirnya majlis penyampaian sijil dan cenderahati itu tadi, maka selesailah sudah majlis perasmian Mesyuarat Agung kita pada hari ini.
Kami bagi pihak ahli jawatankuasa Mesyuarat Agung PIBG kali ke-35 merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dalam menjayakan majlis pada hari ini.

Dari mana asalnya, usah diusul,
Molek budinya menambat hati;
Dua tiga bicara salah tersasul,
Jangan dibawa ke dalam hati.

Bintang barat terbitnya petang,
Bintang timur terbitnya pagi;
Jika tidak melarat panjang,
Tersisa umur bertemu lagi.

Mengumumkan Tetamu Kehormat meninggalkan majlis.

Untuk makluman hadirin sekalian, majlis berhenti rehat dan dijemput kepada semua hadirin di dewan ini untuk mengambil minuman yang disediakan di belakang dewan dan majlis akan bersambung semula pada pukul........

Sekian, wabilahitaufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh.

Faridah

Wednesday 14 March 2012

Pantun Nasihat

Angin teluk menyisir pantai   
    Hanyut rumpai di bawah titi
Biarlah buruk kain dipakai   
    Asal pandai mengambil hati

Pergi mendaki Gunung Daik              
   Hendak menjerat kancil dan rusa          
Bergotong-royong amalan yang baik
   Elok diamalkan setiap masa

Air melurut ke tepian mandi
    Kembang berseri bunga senduduk
Elok diturut resmi padi                   
   Semakin berisi semakin tunduk

Kemumu di tengah pekan          
    Dihembus angin jatuh ke bawah
Ilmu yang tidak diamalkan   
   Bagai pohon tidak berbuah


Tumbuh melata si pokok tebu
   Pergi pasar membeli daging
Banyak harta tak ada ilmu   
   Bagai rumah tidak berdinding

Tulis surat di dalam gelap              
   Ayatnya banyak yang tidak kena
Jagalah diri jangan tersilap             
   Jikalau silap awak yang bencana
  
Hendak belayar ke Teluk Betong            
   Sambil mencuba labuhkan pukat
Bulat air kerana pembetung             
   Bulat manusia kerana muafakat   

 Pakai baju warna biru           
    Pergi ke sekolah pukul satu
Murid sentiasa hormatkan guru
    Kerana guru pembekal ilmu


Jawab soalan berikut.


1.  Mengapakah kita disuruh mengikut resmi padi?


2.  Rangkap pantun manakah yang menunjukkan permuafakatan?


3.  Mengapakah murid mesti menghormati guru?

Monday 27 February 2012

Pantun Khas Untuk Unit BMM3

Anak dara manis jelita,
Manis bertudung tuntutan agama;
IPIP mempertemukan kita,
segulung ijazah matlamat utama.



Cik Hajah Nur 'Azah tutor kita, 
Orangnya garang tapi pandai berjenaka;
Segulung ijazah matlamat utama,
Berusaha bertawakal sehingga berjaya.


Beli kain berbunga-bunga,
Untuk hadiah tutor tercinta;
Semester dua tugasan berbisa,
Semoga semua berjaya melaluinya.

Thursday 23 February 2012

Aras Taksonomi Bloom

1. Pengetahuan
2. Pemahaman
3. Aplikasi
4. Analisis
5. Sintesis
6. Penilaian

Wednesday 22 February 2012

Pantun Pembuka Majlis


Putera mahkota indera laksamana,
Tangkas bersilat petah bicara;
Awal Bismillah pembuka bicara,
Salam dihulur tanda mesra.


Ingin rasa memakan kari, 
Kari cendawan batang keladi; 
Girang rasa tidak terperi, 
Bertemu tuan yang baik budi. 

Mencari timba si anak dara, 
Di bawah sarang burung tempua; 
Salam sembah pembuka bicara, 
Selamat datang untuk semua. 

Sayang kumbang mencari makan, 
Terbang seiring di tepi kali; 
Selamat datang kami ucapkan, 
Moga diiring restu Ilahi. 

Ke Pekan Kuala membeli bingka, 
Sayang pesanan terlupa sudah; 
Majlis bermula tirai dibuka, 
Dengan alunan madah yang indah. 

Indah berbalam si awan petang, 
Berarak di celah pepohon ara; 
Pemanis kalam selamat datang, 
Awal bismillah pembuka bicara.