CUE
|
PENGACARA
|
TEKS
|
2.20 petang
Ketibaan ibu bapa
Pengumuman
|
FARIDAH
|
Assalamualaikum
dan salam sejahtera
Sidang hadirin yang dimuliakan,
Salam
hormat dan selamat datang ke Hari Anugerah Cemerlang dan Graduasi Prasekolah
SK Kati. Majlis kita akan bermula sebentar lagi, sebaik sahaja ketibaan Yang Berusaha
Encik Safuan bin Raba’ai. Sehubungan itu pihak majlis memohon kerjasama para
hadirin agar dapat mematuhi adab majlis seperti berikut:
- Sama-sama berdiri sebaik sahaja pengumuman
ketibaan tetamu kehormat dibuat oleh Pengacara Majlis.
- Mematikan telefon bimbit atau menukar modnya
kepada mod senyap.
- Terus berada di dalam majlis sehingga akhir
dan hanya keluar setelah tetamu kehormat meninggalkan majlis
- Meminimakan sebarang pergerakan sepanjang
majlis berjalan.
- Para hadirin diminta untuk memenuhkan kerusi
di bahagian hadapan.
- Pihak majlis memohon kerjasama hadirin
sekalian sidang untuk menyanyikan lagu kebangsaan kita dengan penuh
bersemangat.
|
|
|
|
2.30 petang
Ketibaan tetamu
Nyanyian Lagu Negaraku
Selesai nyanyian
|
TAN TONIAH
|
Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha Encik Safuan bin Haji Raba’ai,
diiringi oleh Tuan Guru Besar dan Yang Dipertua PIBG serta dif-dif kehormat.
Hadirin sekalian, majlis pada petang ini
dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku.
Untuk itu, hadirin diminta untuk berdiri.
Hadirin dipersilakan duduk.
|
Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis
Bacaan doa
|
FARIDAH
|
Bismillahirrahmanirrahim,
Burung merpati terbang sekawan,
Mari berhenti di
tengah halaman;
Semanis senyuman kami hamparkan,
Buat bingkisan salam
pertemuan.
Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh, salam
bahagia, salam negaraku Malaysia, dan salam SK Kati Excellent.
Yang Berusaha Encik Safuan bin Haji Raba’ai, Pegawai Pendidikan Daerah
Kuala Kangsar
Yang Berusaha Puan Hajah Zubaidah binti
Harun, Guru Besar SK Kati,
Yang Dihormati Encik Mohd Munif bin Meor
Mahmud, Yang Dipertua PIBG SK Kati,
Barisan Penolong-Penolong Kanan SK Kati,
Guru-guru Besar, Ketua-ketua Kampung, ahli-ahli
jawatankuasa PIBG, para jemputan , tuan-tuan dan puan-puan seterusnya
anak-anak didik penerima hadiah yang kita raikan pada hari ini.
Hadirin dewan sekalian,
Agar majlis kita
mendapat keberkatan daripada Allah SWT, majlis dengan penuh takzim
mempersilakan Al- Fadhil Ustaz Haji
Ismail b. Yusof untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.
|
|
|
|
Selesai bacaan doa
Ucapan YDP PIBG
Selesai ucapan
|
TAN TONIAH
|
Majlis
mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Ismail atas ketulusan pimpinan bacaan
doa sebentar tadi.
Memulakan persada ucapan pada petang yang
berbahagia ini, majlis mempersilakan Yang Dihormati Encik Mohd Munif bin Meor
Mahmud, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Kati untuk menyampaikan
ucapan.
Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas
ucapan yang diberikan.
|
Ucapan GB
|
TAN TONIAH
|
Sidang
warga dewan sekalian,
Tak lengkap bahtera tanpa nakhoda,
Tak lengkap malam tanpa purnama,
Tak lengkap lagu tanpa irama,
Tak lengkap sambutan tanpa ucapan
alu-aluannya..
Dengan ini, majlis mempersilakan Yang Berusaha
Puan Hajah Zubaidah binti Harun, Guru Besar SK Kati untuk menyampaikan ucapan
alu-aluan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.
|
|
|
|
Selesai ucapan
Ucapan Perasmian
|
FARIDAH
|
Majlis merakamkan jutaan terima kasih
kepada Tuan Guru Besar atas ucapan yang telah dilafazkan.
Daun
semulur di pekan sari,
Batang jerami rebah ke bumi;
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.
Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan Yang Berusaha
Encik Safuan bin Haji Raba’ai, Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Kangsar untuk
tampil ke hadapan bagi menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan majlis kami
pada petang ini. Majlis dengan hormatnya
mempersilakan.
|
|
|
|
Selesai Ucapan
Persembahan
|
TAN TONIAH
|
Majlis merakamkan ucapan terima kasih dan
setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berusaha Encik Safuan bin Haji Raba’ai
atas kesudian menyempurnakan majlis sebentar tadi.
Hadirin sekalian,
Buluh diikat di tepi jalan,
Untuk digubah menjadi para;
Persembahan prasekolah kami hidangkan,
Semoga terhibur hati yang lara.
Kami tampilkan persembahan daripada anak-anak
prasekolah dengan tarian “Penguin’s Dance” dan “Baby Shark”. Majlis dengan
sukacitanya mempersilakan.
|
|
|
|
Selesai persembahan
Penyampaian hadiah Slot 1
|
FARIDAH
|
Demikian persembahan prasekolah SK Kati. Persembahan
tadi di bawah bimbingan guru-guru dan pembantu prasekolah.
Sidang warga dewan sekalian,
Kini tibalah saat yang dinantikan,iaitu penyampaian
sijil dan hadiah kepada penerima anugerah pada petang ini. Diharapkan semua
para penerima sudahpun bersiap sedia.
Mendahului senarai penerima hadiah ialah anak-anak di Tahap 1 iaitu
Tahun 1 -3.
Sebelum itu, majlis dengan sukacitanya menjemput
Encik ………………………………………………………………….. mengiringi………………………………………………………. untuk
upacara penyampaian hadiah. Dengan hormatnya, majlis mempersilakan.
Dijemput ke pentas adik…(Rujuk senarai nama)
|
|
|
|
Graduasi
prasekolah
Tahap 2
Mata Pelajaran Terbaik
Kehadiran Penuh
Graduasi Tahun 6
|
TAN TONIAH
&
FARIDAH
|
Majlis diteruskan dengan graduasi prasekolah. Dipersilakan…(rujuk senarai nama)
Seterusnya, kita persilakan penerima hadiah Tahap 2.
Mendahului senarai penerima, dipersilakan (rujuk senarai nama)
Penyampaian hadiah seterusnya, dipersilakan murid
yang mendapat anugerah mata pelajaran terbaik dalam kelas dipersilakan (rujuk
senarai nama)
|
|
|
|
Persembahan
Selesai persembahan
Penyampaian Hadiah Slot 2
|
TAN TONIAH
&
FARIDAH
|
Hadirin yang dikasihi sekalian,
Majlis penyampaian hadiah berehat seketika.
Majlis mempersilakan pasukan ………………………. untuk
membuat persembahan, dipersilakan.
Seterusnya, dipersilakan kumpulan lmtiyaz untuk
mempersembahkan nasyid mereka.
Terima kasih diucapkan kepada pasukan ……………………………..
atas persembahan itu tadi.
Untuk makluman para hadirin, persembahan itu tadi
telah dibimbing oleh Puan Rabaatul Adaoyah dan Puan Nazraihan.
Acara diteruskan dengan penyampaian hadiah sijil
penghargaan dan anugerah-anugerah khas.
Sesungguhnya di mana-mana sekolah, bakal-bakal
pemimpin sudah mula dilatih untuk menjalankan tugas mereka seawal usia 9
tahun.
Sehubungan itu, sebagai menghargai jasa dan khidmat
bakti mereka sebagai pengawas sekolah, pengawas pusat sumber dan pengawas
ICT, maka pada hari ini kita berikan mereka sijil penghargaan.
Sebelum itu, majlis mempersilakan……………………………….
…………………………………………………………………..untuk menjemput dan mengiringi ………………………………………..
……………………………………………………..bagi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah.
Dipersilakan.
Dipersilakan adik Muhammad Hafiz bin Hijazi, Ketua
Murid SK Kati 2017,
Adik Muhammad Hidayatullah Qawiem bin Haris, Naib
Pengerusi Pengawas Pusat Sumber,
Adik Muhammad Afiq Danial bin Farid Ridzuan,
Pengerusi Pengawas ICT.
Seterusnya penyampaian hadiah untuk kategori
Anugerah Sinar…..dipersilakan (rujuk senarai nama)
Berikut dijemput untuk naik ke pentas penerima
Anugerah J-Qaf, dipersilakan….(rujuk senarai nama)
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian Anugerah
kepada mereka yang telah mengharumkan nama sekolah dalam
pertandingan-pertandingan di peringkat zon dan daerah. Bagi Anugerah Kokurikulum,
dpersilakan….(rujuk senarai nama)
Bagi Anugerah Ko-akademik pula, dijemput…(rujuk
senarai nama)
|
|
|
|
Penyampaian Hadiah Slot 3
|
TAN TONIAH
|
Majlis mempersilakan….…………………………………………… untuk
menjemput dan mengiringi……………………………….. untuk penyampaian hadiah seterusnya.
Hadiah Tunas Bestari, dijemput adik Ilham Aqil bin
Asmawi, kelas 3 Inovatif.
Hadiah Lompatan Saujana, dipersilakan adik Raudah
binti Zulhasnan dari Kelas 5 Kreatif.
Makin lama, makin bertambah debaran semua yang hadir
pada hari ini...kerana kita sudah semakin menghampiri ke penghujung
acara. Sebentar lagi kita akan ketahui
siapakah yang telah dipilih sebagai penerima anugerah tokoh-tokoh SK Kati
bagi tahun 2017.
Sebelum itu, majlis dengan berbesar hati dan penuh
takzim mempersilakan ……………………………………………………. …………………………………………………………………………
diiringi oleh ……………………………………………………….. ke pentas untuk upacara penyampaian
anugerah. Dengan segala hormatnya,
majlis mempersilakan.
Untuk kategori Tokoh Nilam Bahasa Melayu dijemput
adik Noor Safwana binti Mohamad Adli.
Bagi Kategori Tokoh Nilam Bahasa Inggeris
dipersilakan adik Aina Danish binti Mohamad Ayob.
Seterusnya dijemput penerima anugerah Tokoh
Kokurikulum, naik ke pentas bersama-sama ibu dan bapanya. Dipersilakan. (baca
biodata)
|
|
|
|
Penyampaian hadiah tokoh
|
FARIDAH
|
Dipersilakan penerima anugerah Tokoh Murid untuk
tampil ke pentas bersama-sama orang tersayang. (Baca biodata).
Sekali lagi, mohon kepada semua hadirin untuk
memberikan tepukan gemuruh kepada semua para penerima anugerah cemerlang dan
tokoh bagi Tahun 2017.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada………………………………………………………………atas
kesudian menyempurnakan majlis penyampaian anugerah sebentar tadi.
Berakhirlah sudah tugas kami pada
hari ini. Tiba waktunya untuk menyusun jemari, membuang
segala kerikil bersalut di hati.
Maaf andai ada
salah silap tanpa disedari agar saat perpisahan ini indah berbunga mesra
dalam jambangan ingatan.
Andai ada umur, tahun hadapan bersua lagi. Terima
kasih kepada semua terutama tetamu istimewa kita pada hari ini yang sudi
bersama-sama kita sehingga selesai majlis.
Sekian, disudahi dengan kalam yang indah…
Waabillahitaufik walhidayah, wasalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh…
|