SKRIP MAJLIS MAKAN
MALAM MESRA PIBG SK CLIFFORD TAHUN 2012
CUE
|
PENGACARA
|
SKRIP
|
8.00 mlm
Ketibaan tetamu kehormat
|
Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat
Dato’ Haji Wan Mohamad Khair-il Anuar
bin Wan Ahmad, Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Chandan Diiringi oleh Yang
Berusaha Encik Roslan bin Kechil, Guru Besar beserta rombongan.
|
|
Ucapan Aluan-aluan Pengerusi Majlis
|
Yang Berhormat Dato’ Haji Wan
Mohamad Khair-il Anuar bin Wan Ahmad, ADUN Bukit Chandan
Yang Berbahagia Dato’ Hajah Kamilia
bt. Ibrahim, Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia
Yang Berusaha Encik Roslan bin Kechil, Guru Besar SK Clifford
Yang Dihormati Encik Kamaruddin bin
Sulaiman, Yang Dipertua PIBG serta ahli jawatankuasa
Yang Dihormati Tuan Haji Zainon bin
Mat Nor, Setiausaha Sulit Kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Yang Berusaha Encik Mohd Khalid bin
Anjang Kassim, PPD Kuala Kangsar
Puan Rashadah bt Othman, Penolong
Kanan Pentadbiran
Tuan Haji Ali Othman bin Dayon,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Puan Zaleha binti Abd Hamid,
Penolong Kanan Kokurikulum
Barisan mantan Guru-guru Besar SK
Clifford, (sbt nama jika ada)
Dif-dif kehormat, pemimpin-pemimpin masyarakat,
Barisan guru-guru, staf-staf
sokongan SK Clifford
Seterusnya tuan-tuan dan puan-puan
hadirin yang dimuliakan sekalian.
Assalamualaikum whb, Salam
Sejahtera, Salam 1Malaysia dan Selamat datang kami ucapkan ke Majlis Makan
Malam Mesra PIBG SK Clifford.
Lagu bernama uda dan dara,
Dinyanyikan oleh anak Pak Rahim;
Sambil berkumpul beramah mesra,
Memperatkan lagi silaturrahim.
Majlis mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada semua para tetamu jemputan dan para
hadirin kerana sudi memberikan sumbangan dan seterusnya hadir pada majlis
kami pada malam ini.
|
|
Bacaan doa
Ucapan YDP
Ucapan Guru Besar
Ucapan tetamu kehormat
Persembahan slaid
Jamuan makan &
persembahan band
|
Hadirin dan hadirat sekalian,
Tetak buluh kajang sepuluh,
Laksana dititing kias ibarat;
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa dipohon biar selamat.
Marilah sama-sama kita menadah
tangan, memohon keberkatan agar majlis berjalan dengan selamat dan aman. Pada yang bukan Islam sama-samalah berdoa
mengikut kepercayaan masing-masing.
Dengan ini majlis mempersilakan
al-fadhil Ustaz Haji Ahmad Hisham bin Zainal untuk memimpin bacaan doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
-BACAAN DOA-
Majlis mengucapkan ribuan terima
kasih atas bacaan doa itu tadi.
Emas tempawan buatmu puteri,
Busana indah buat rupawan;
Sudilah tuan tampilkan diri,
Bersama madah kata aluan.
Meneruskan acara pada malam ini,
dengan sukacitanya majlis mempersilakan Yang Dihormati Encik Kamaruddin bin
Sulaiman, Yang Dipertua PIBG untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan.
Dipersilakan…
-UCAPAN YDP PIBG-
Majlis merakamkan ucapan terima
kasih atas ucapan tersebut.
Pergi ke kota beli selasih,
Sayang si dara buat halwa;
Berilah kata simpulan kasih,
Suburkan mesra satukan jiwa.
Majlis diteruskan dengan ucapan
oleh Yang Berusaha Encik Roslan bin Kechil, Guru Besar SK Clifford. Majlis mempersilakan dengan segala
hormatnya.
-UCAPAN GURU BESAR-
Majlis mengucapkan jutaan terima
kasih atas ucapan Tuan Guru Besar sebentar tadi.
Hadirin yang dirahmati sekalian,
Daun semulur di pekan sari,
Batang jerami rebah ke bumi;
Madah dihulur sembah diberi,
Kata azimat hajatnya kami.
Majlis dengan rasa bangga dan penuh
takzim mempersilakan Yang Berhormat Dato’ Haji Wan Mohamad Khair-il Anuar bin
Wan Anuar untuk tampil ke hadapan menyampaikan ucaptama di majlis yang amat
bermakna ini. Majlis mempersilakan.
-UCAPAN TETAMU KEHORMAT-
Sebagai tanda terima kasih kepada
Yang Berhormat Dato’, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha
Encik Roslan bin Kechil, Guru Besar SK Clifford bersama dengan Yang Dihormati
Encik Kamaruddin bin Sulaiman, YDP PIBG untuk menyampaikan cenderahati
kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Terima kasih diucapkan.
Sebelum kita ke acara seterusnya,
marilah sama-sama kita saksikan persembahan slaid perjalanan warga SK
Clifford.
-PERSEMBAHAN SLAID-
Demikian tadi persembahan slaid
tentang SK Clifford. Untuk pengetahuan
hadirin, slaid tadi adalah hasil kreativiti
dan inovasi Puan Shuliyana bt. Yahya, Guru JQAF SK Clifford.
Sekalung penghargaan dan terima
kasih diucapkan.
Selat teduh lautan tenang,
Banyak labuh perahu acheh;
Makan malam sudah terhidang
Jemputlah jamah sekapur sirih.
Ke pasar tani membeli capati,
Buat santapan teman dan rakan;
Sambil berhibur juadah dinikmati,
Band jemputan kita persilakan.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Sambil menikmati hidangan, majlis
dihangatkan lagi dengan persembahan band jemputan yang dibawakan khas dari
Ibu
Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar,
The Blue Barret. Marilah sama-sama
kita saksikan persembahan mereka.
Dengan ini, majlis mempersilakan.
Semoga hadirin semua terhibur
dengan persembahan nyanyian anggota band dari IPD Kuala Kangsar itu
tadi. Sementara mereka berhenti
rehat. Kami bawakan sebuah persembahan
menarik daripada salah seorang murid di SK Clifford ini. Untuk itu marilah kita saksikan kehebatan
adik Firdaus Rino dengan persembahan tarian Hip Hopnya.
-PERSEMBAHAN HIP HOP-
Begitulah menariknya persembahan
adik Firdaus Rino. Adik Firdaus Rino
merupakan murid Pendidikan Khas di sekolah.
Dia sangat aktif dalam tarian tersebut dan selalu mengadakan
pertunjukkan di luar negeri Perak.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada adik Firdaus Rino.
Majlis diserahkan kembali kepada
anggota band.
Hadirin sekalian,
Seterusnya kita ke acara kemuncak
majlis pada malam ini iaitu cabutan meja bertuah. Untuk makluman para hadirin cabutan meja
bertuah hanya tertakluk kepada penderma-penderma yang membeli meja atas satu
nama sahaja. Yang membeli meja secara
berkongsi harap maaf.
Dengan ini, majlis
mempersilakan……………………..untuk membuat cabutan.
Dengan berakhirnya cabutan
bertuah/persembahan band itu tadi maka selesailah majlis kita pada malam ini.
Banyak keluk ke penarik,
Keluk tumbuh pohon kuini;
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini.
Buah pinang di atas para,
Rasanya kelat tidak terkata;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.
Di atas dahan burung tempua,
Melihat rusa tepi perigi;
Salam perpisahan untuk semua;
Di lain masa bersua lagi.
Sekian, terima kasih.
|