MySeLf

Saturday 30 March 2013

Skrip majlis makan malam


SKRIP MAJLIS MAKAN MALAM MESRA PIBG SK CLIFFORD TAHUN 2012

CUE
PENGACARA
SKRIP


8.00 mlm
Ketibaan tetamu kehormat


Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Dato’ Haji  Wan Mohamad Khair-il Anuar bin Wan Ahmad, Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Chandan Diiringi oleh Yang Berusaha Encik Roslan bin Kechil, Guru Besar beserta rombongan.

Ucapan Aluan-aluan Pengerusi Majlis

Yang Berhormat Dato’ Haji Wan Mohamad Khair-il Anuar bin Wan Ahmad, ADUN Bukit Chandan
Yang Berbahagia Dato’ Hajah Kamilia bt. Ibrahim, Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia
Yang Berusaha Encik Roslan bin Kechil, Guru Besar SK Clifford
Yang Dihormati Encik Kamaruddin bin Sulaiman, Yang Dipertua PIBG serta ahli jawatankuasa
Yang Dihormati Tuan Haji Zainon bin Mat Nor, Setiausaha Sulit Kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Yang Berusaha Encik Mohd Khalid bin Anjang Kassim, PPD Kuala Kangsar
Puan Rashadah bt Othman, Penolong Kanan Pentadbiran
Tuan Haji Ali Othman bin Dayon, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Puan Zaleha binti Abd Hamid, Penolong Kanan Kokurikulum
Barisan mantan Guru-guru Besar SK Clifford, (sbt nama jika ada)
Dif-dif kehormat, pemimpin-pemimpin masyarakat,
Barisan guru-guru, staf-staf sokongan SK Clifford
Seterusnya tuan-tuan dan puan-puan hadirin yang dimuliakan sekalian.

Assalamualaikum whb, Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia dan Selamat datang kami ucapkan ke Majlis Makan Malam Mesra PIBG SK Clifford.

Lagu bernama uda dan dara,
Dinyanyikan oleh anak Pak Rahim;
Sambil berkumpul beramah mesra,
Memperatkan lagi silaturrahim.

Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua para tetamu jemputan dan para hadirin kerana sudi memberikan sumbangan dan seterusnya hadir pada majlis kami pada malam ini.








Bacaan doa














Ucapan YDP









Ucapan Guru Besar





















Ucapan tetamu kehormat












Persembahan slaid









Jamuan makan &


persembahan band































Hadirin dan hadirat sekalian,

Tetak buluh kajang sepuluh,
Laksana dititing kias ibarat;
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa dipohon biar selamat.

Marilah sama-sama kita menadah tangan, memohon keberkatan agar majlis berjalan dengan selamat dan aman.  Pada yang bukan Islam sama-samalah berdoa mengikut kepercayaan masing-masing.

Dengan ini majlis mempersilakan al-fadhil Ustaz Haji Ahmad Hisham bin Zainal untuk memimpin bacaan doa.  Dengan segala hormatnya dipersilakan.

-BACAAN DOA-

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas bacaan doa itu tadi.

Emas tempawan buatmu puteri,
Busana indah buat rupawan;
Sudilah tuan tampilkan diri,
Bersama madah kata aluan.

Meneruskan acara pada malam ini, dengan sukacitanya majlis mempersilakan Yang Dihormati Encik Kamaruddin bin Sulaiman, Yang Dipertua PIBG  untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.  Dipersilakan…
-UCAPAN YDP PIBG-

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan tersebut.

Pergi ke kota beli selasih,
Sayang si dara buat halwa;
Berilah kata simpulan kasih,
Suburkan mesra satukan jiwa.

Majlis diteruskan dengan ucapan oleh Yang Berusaha Encik Roslan bin Kechil, Guru Besar SK Clifford.  Majlis mempersilakan dengan segala hormatnya.

-UCAPAN GURU BESAR-

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas ucapan Tuan Guru Besar sebentar tadi.

Hadirin yang dirahmati sekalian,

Daun semulur di pekan sari,
Batang jerami rebah ke bumi;
Madah dihulur sembah diberi,
Kata azimat hajatnya kami.

Majlis dengan rasa bangga dan penuh takzim mempersilakan Yang Berhormat Dato’ Haji Wan Mohamad Khair-il Anuar bin Wan Anuar untuk tampil ke hadapan menyampaikan ucaptama  di majlis yang amat bermakna ini.   Majlis mempersilakan.

-UCAPAN TETAMU KEHORMAT-

Sebagai tanda terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha Encik Roslan bin Kechil, Guru Besar SK Clifford bersama dengan Yang Dihormati Encik Kamaruddin bin Sulaiman, YDP PIBG untuk menyampaikan cenderahati kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan.

Sebelum kita ke acara seterusnya, marilah sama-sama kita saksikan persembahan slaid perjalanan warga SK Clifford.

-PERSEMBAHAN SLAID-

Demikian tadi persembahan slaid tentang SK Clifford.  Untuk pengetahuan hadirin, slaid tadi adalah hasil kreativiti  dan inovasi Puan Shuliyana bt. Yahya, Guru JQAF SK Clifford.
Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan.

Selat teduh lautan tenang,
Banyak labuh perahu acheh;
Makan malam sudah terhidang
Jemputlah jamah sekapur sirih.

Ke pasar tani membeli capati,
Buat santapan teman dan rakan;
Sambil berhibur juadah dinikmati,
Band jemputan kita persilakan.


Hadirin yang dihormati sekalian,

Sambil menikmati hidangan, majlis dihangatkan lagi dengan persembahan band jemputan yang dibawakan khas dari Ibu
Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar, The Blue Barret.  Marilah sama-sama kita saksikan persembahan mereka.  Dengan ini, majlis mempersilakan.

Semoga hadirin semua terhibur dengan persembahan nyanyian anggota band dari IPD Kuala Kangsar itu tadi.  Sementara mereka berhenti rehat.  Kami bawakan sebuah persembahan menarik daripada salah seorang murid di SK Clifford ini.  Untuk itu marilah kita saksikan kehebatan adik Firdaus Rino dengan persembahan tarian Hip Hopnya.

-PERSEMBAHAN HIP HOP-

Begitulah menariknya persembahan adik Firdaus Rino.  Adik Firdaus Rino merupakan murid Pendidikan Khas di sekolah.  Dia sangat aktif dalam tarian tersebut dan selalu mengadakan pertunjukkan di luar negeri Perak.  Majlis mengucapkan terima kasih kepada adik Firdaus Rino.

Majlis diserahkan kembali kepada anggota band.

Hadirin sekalian,

Seterusnya kita ke acara kemuncak majlis pada malam ini iaitu cabutan meja bertuah.  Untuk makluman para hadirin cabutan meja bertuah hanya tertakluk kepada penderma-penderma yang membeli meja atas satu nama sahaja.  Yang membeli meja secara berkongsi harap maaf.

Dengan ini, majlis mempersilakan……………………..untuk membuat cabutan.

Dengan berakhirnya cabutan bertuah/persembahan band itu tadi maka selesailah majlis kita pada malam ini.

Banyak keluk ke penarik,
Keluk tumbuh pohon kuini;
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini.

Buah pinang di atas para,
Rasanya kelat tidak terkata;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Di atas dahan burung tempua,
Melihat rusa tepi perigi;
Salam perpisahan untuk semua;
Di lain masa bersua lagi.

Sekian, terima kasih.