MySeLf

Wednesday 7 March 2018

Teks Pengacara Hari Guru


TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU SK KATI 2017
9.00 PAGI
UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI MAJLIS

(IQBAL)
Perhatian!
Minta kerjasama semua murid untuk memberi laluan. Majlis sambutan Hari Guru akan berlangsung sebentar lagi. Terima kasih.

Rakan-rakan sekalian,
Marilah sama-sama kita memberikan tepukan gemuruh kepada semua guru SK Kati.

Istana kota sebelas tingkat,
Tempat baharu nakhoda pekan;
Sama kata sama sepakat,
Hari guru mari raikan.

Jalan ke darat berpilin-pilin,
Cuaca redup menawan duka;
Guru ibarat cahaya lilin,
Menyuluh hidup tiap ketika.

(AIN)
Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh, salam sejahtera, salam 1 Malaysia, Salam SK Kati Excellent.

Yang Berusaha Puan Hajah Zubaidah binti Harun,
Guru Besar SK Kati,

Yang Dihormati En Muhammad Munif bin Meor Mahamud,
Yang di-Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru

Yang Berusaha Puan Wahidah binti Mohd Kamil,
Penolong Kanan Pentadbiran,

Yang Berusaha Puan Norazian binti Zainal Abidin,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Yang Berusaha Encik Kamarul Ariffin bin Hamzah,
Penolong Kanan Ko-kurikulum,

Barisan warga pendidik, kakitangan SK Kati, AJK PIBG dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya pada pagi ini kita dapat berkumpul bersama-sama bagi meraikan insan yang amat kita sanjungi dalam majlis sambutan perayaan hari guru peringkat SK Kati bagi tahun 2017.  “Guru Pembina Negara Bangsa” demikianlah tema perayaan hari guru pada tahun ini.

NYANYIAN LAGU NEGARAKU

(IQBAL)



UCAPAN GURU BESAR

(IQBAL)
Sebagai pembuka tirai majlis kita pada pagi ini, dijemput para guru dan murid berdiri untuk menyanyikan lagu ‘Negaraku.’

Terima kasih diucapkan kepada semua atas nyanyian sebentar tadi.

Semua dipersilakan duduk.


Hadirin sekalian,
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Puan Hajah Zubaidah binti Harun, Guru Besar SK Kati untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.


NYANYIAN LAGU ‘GURU MALAYSIA’ DAN LAGU TEMA

(AIN)

Angin menderu dengan sepoinya,
Di anak tangga duduk berperikan;
Kasih guru akan muridnya,
Masa dan tenaga rela korbankan.

Rakan-rakan sekalian,
Majlis menjemput semua guru SK KATI untuk naik ke pentas.

Hari ini merupakan hari yang sangat bermakna bagi guru-guru SK Kati kerana mereka diraikan sempena sambutan hari guru peringkat sekolah. Sehubungan itu, marilah sama-sama kita mendengar gemersik suara para guru mendendangkan lagu ‘Guru Malaysia’, lagu tema ‘Guru Pembina Negara Bangsa’, lagu ‘Suci Dalam Debu’ dan lagu ‘Warisan’.

Majlis mengucapkan terima kasih atas kesudian para guru menghiburkan kami semua.


PERSEMBAHAN MURID

(IQBAL)

Sekarang ini kita akan saksikan persembahan daripada rakan-rakan kita pula.

Untuk itu, majlis mempersilakan pasukan Kalam Jamaie untuk membuat persembahan. Dipersilakan.

Untuk makluman hadirin, pasukan Kalam Jamaie itu tadi di bawah pimpinan dan bimbingan Ustazah Rabaatul Adauyah, Ustazah Nazraihan, dan Ustazah Zurina. Baru-baru ini mereka telah muncul sebagai Johan dalam pertandingan peringkat Zon Kati.  Berikan tepukan gemuruh kepada mereka semua.


Seterusnya majlis mempersilakan sahabat kita, Wahyda Sufi Umilah binti Azmi untuk menyampaikan pidato yang bertajuk, “Institusi Raja – Lambang Perpaduan dan Tunjang Penyatuan Rakyat.” Dipersilakan,

Untuk pengetahuan semua, saudari Wahyda telah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan pidato diraja sempena Hari Keputeraan Sultan Perak peringkat daerah baru-baru ini. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada saudari Wahyda.

Persembahan terakhir yang akan kita saksikan seterusnya ialah persembahan daripada murid-murid Tahun 6 Kreatif. Untuk itu, dijemput naik ke pentas dengan persembahan mereka yang berjudul, “Be Mine.” Dipersilakan.
(IQBAL)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada murid-murid Tahun 6 dengan persembahan itu tadi.

Dengan ini selesailah sudah tugas kami berdua.  Untuk acara seterusnya kami serahkan majlis kepada Puan Faridah binti Abu Seman.


UPACARA PENYAMPAIAN HADIAH




10 comments:

  1. admin izinkn saya memggunakan teks ini

    ReplyDelete
  2. Izinkan ambil sedikit idea drpd teks ni.. Tq.

    ReplyDelete
  3. admin izinkn saya memggunakan teks ini

    ReplyDelete
  4. mohon guna teks. terima kasih cikgu

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. terima kasih, atas perkongsian

    ReplyDelete
  7. Kepada sesiapa yg jumpa teks saya, silakan guna. Saya halalkan.

    ReplyDelete
  8. Kepada sesiapa yg jumpa teks dr blog saya, sila gunakan. Saya halalkan. Tak perlu mohon keizinan.

    ReplyDelete