MySeLf

Thursday 18 November 2021

 Assalamualaikum, 


Lamanya laman ini sepi. 

Banyak teks yang saya buat hilang tak dapat dikesan kerana asyik bertukar komputer riba.

Wednesday 7 March 2018

Teks Pengacara Hari Guru


TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU SK KATI 2017
9.00 PAGI
UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI MAJLIS

(IQBAL)
Perhatian!
Minta kerjasama semua murid untuk memberi laluan. Majlis sambutan Hari Guru akan berlangsung sebentar lagi. Terima kasih.

Rakan-rakan sekalian,
Marilah sama-sama kita memberikan tepukan gemuruh kepada semua guru SK Kati.

Istana kota sebelas tingkat,
Tempat baharu nakhoda pekan;
Sama kata sama sepakat,
Hari guru mari raikan.

Jalan ke darat berpilin-pilin,
Cuaca redup menawan duka;
Guru ibarat cahaya lilin,
Menyuluh hidup tiap ketika.

(AIN)
Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh, salam sejahtera, salam 1 Malaysia, Salam SK Kati Excellent.

Yang Berusaha Puan Hajah Zubaidah binti Harun,
Guru Besar SK Kati,

Yang Dihormati En Muhammad Munif bin Meor Mahamud,
Yang di-Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru

Yang Berusaha Puan Wahidah binti Mohd Kamil,
Penolong Kanan Pentadbiran,

Yang Berusaha Puan Norazian binti Zainal Abidin,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Yang Berusaha Encik Kamarul Ariffin bin Hamzah,
Penolong Kanan Ko-kurikulum,

Barisan warga pendidik, kakitangan SK Kati, AJK PIBG dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya pada pagi ini kita dapat berkumpul bersama-sama bagi meraikan insan yang amat kita sanjungi dalam majlis sambutan perayaan hari guru peringkat SK Kati bagi tahun 2017.  “Guru Pembina Negara Bangsa” demikianlah tema perayaan hari guru pada tahun ini.

NYANYIAN LAGU NEGARAKU

(IQBAL)



UCAPAN GURU BESAR

(IQBAL)
Sebagai pembuka tirai majlis kita pada pagi ini, dijemput para guru dan murid berdiri untuk menyanyikan lagu ‘Negaraku.’

Terima kasih diucapkan kepada semua atas nyanyian sebentar tadi.

Semua dipersilakan duduk.


Hadirin sekalian,
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Puan Hajah Zubaidah binti Harun, Guru Besar SK Kati untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.


NYANYIAN LAGU ‘GURU MALAYSIA’ DAN LAGU TEMA

(AIN)

Angin menderu dengan sepoinya,
Di anak tangga duduk berperikan;
Kasih guru akan muridnya,
Masa dan tenaga rela korbankan.

Rakan-rakan sekalian,
Majlis menjemput semua guru SK KATI untuk naik ke pentas.

Hari ini merupakan hari yang sangat bermakna bagi guru-guru SK Kati kerana mereka diraikan sempena sambutan hari guru peringkat sekolah. Sehubungan itu, marilah sama-sama kita mendengar gemersik suara para guru mendendangkan lagu ‘Guru Malaysia’, lagu tema ‘Guru Pembina Negara Bangsa’, lagu ‘Suci Dalam Debu’ dan lagu ‘Warisan’.

Majlis mengucapkan terima kasih atas kesudian para guru menghiburkan kami semua.


PERSEMBAHAN MURID

(IQBAL)

Sekarang ini kita akan saksikan persembahan daripada rakan-rakan kita pula.

Untuk itu, majlis mempersilakan pasukan Kalam Jamaie untuk membuat persembahan. Dipersilakan.

Untuk makluman hadirin, pasukan Kalam Jamaie itu tadi di bawah pimpinan dan bimbingan Ustazah Rabaatul Adauyah, Ustazah Nazraihan, dan Ustazah Zurina. Baru-baru ini mereka telah muncul sebagai Johan dalam pertandingan peringkat Zon Kati.  Berikan tepukan gemuruh kepada mereka semua.


Seterusnya majlis mempersilakan sahabat kita, Wahyda Sufi Umilah binti Azmi untuk menyampaikan pidato yang bertajuk, “Institusi Raja – Lambang Perpaduan dan Tunjang Penyatuan Rakyat.” Dipersilakan,

Untuk pengetahuan semua, saudari Wahyda telah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan pidato diraja sempena Hari Keputeraan Sultan Perak peringkat daerah baru-baru ini. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada saudari Wahyda.

Persembahan terakhir yang akan kita saksikan seterusnya ialah persembahan daripada murid-murid Tahun 6 Kreatif. Untuk itu, dijemput naik ke pentas dengan persembahan mereka yang berjudul, “Be Mine.” Dipersilakan.
(IQBAL)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada murid-murid Tahun 6 dengan persembahan itu tadi.

Dengan ini selesailah sudah tugas kami berdua.  Untuk acara seterusnya kami serahkan majlis kepada Puan Faridah binti Abu Seman.


UPACARA PENYAMPAIAN HADIAH




Skrip Pengacaraan Hari Anugerah Kecemerlangan SK Kati


SKRIP PENGACARAAN HARI ANUGERAH dan GRADUASI PRASEKOLAH SK KATI TAHUN 2017

CUE
PENGACARA
TEKS
2.20 petang
Ketibaan ibu bapa

Pengumuman
FARIDAH
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sidang hadirin yang dimuliakan,                                            
Salam hormat dan selamat datang ke Hari  Anugerah Cemerlang dan Graduasi Prasekolah SK Kati. Majlis kita akan bermula sebentar lagi, sebaik sahaja ketibaan Yang Berusaha Encik Safuan bin Raba’ai. Sehubungan itu pihak majlis memohon kerjasama para hadirin agar dapat mematuhi adab majlis seperti berikut:
  1. Sama-sama berdiri sebaik sahaja pengumuman ketibaan tetamu kehormat dibuat oleh Pengacara Majlis.
  2. Mematikan telefon bimbit atau menukar modnya kepada mod senyap.
  3. Terus berada di dalam majlis sehingga akhir dan hanya keluar setelah tetamu kehormat meninggalkan majlis
  4. Meminimakan sebarang pergerakan sepanjang majlis berjalan.
  5. Para hadirin diminta untuk memenuhkan kerusi di bahagian hadapan.
  6. Pihak majlis memohon kerjasama hadirin sekalian sidang untuk menyanyikan lagu kebangsaan kita dengan penuh bersemangat.



2.30 petang
Ketibaan tetamu
Nyanyian Lagu Negaraku

Selesai nyanyian
TAN TONIAH
Mengumumkan ketibaan  Yang Berusaha Encik Safuan bin Haji Raba’ai, diiringi oleh Tuan Guru Besar dan Yang Dipertua PIBG serta dif-dif kehormat.
Hadirin sekalian, majlis pada petang ini dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku.
Untuk itu, hadirin diminta untuk berdiri.

Hadirin dipersilakan duduk.
Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis






















Bacaan doa


FARIDAH
Bismillahirrahmanirrahim,

Burung merpati terbang sekawan,
     Mari berhenti di tengah halaman;
Semanis senyuman kami hamparkan,
    Buat bingkisan salam pertemuan.

Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh, salam bahagia, salam negaraku Malaysia, dan salam SK Kati Excellent.

Yang Berusaha Encik Safuan bin  Haji Raba’ai, Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Kangsar

Yang Berusaha Puan Hajah Zubaidah binti Harun, Guru Besar SK Kati,

Yang Dihormati Encik Mohd Munif bin Meor Mahmud, Yang Dipertua PIBG SK Kati,

Barisan Penolong-Penolong Kanan SK Kati,

Guru-guru Besar, Ketua-ketua Kampung, ahli-ahli jawatankuasa PIBG, para jemputan , tuan-tuan dan puan-puan seterusnya anak-anak didik penerima hadiah yang kita raikan pada hari ini.

Hadirin  dewan sekalian,
Agar majlis kita mendapat keberkatan daripada Allah SWT, majlis dengan penuh takzim mempersilakan  Al- Fadhil Ustaz Haji Ismail b. Yusof untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.




                                                                         



Selesai bacaan doa

Ucapan YDP PIBG



Selesai ucapan
TAN TONIAH
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Ismail atas ketulusan pimpinan bacaan doa sebentar tadi.

Memulakan persada ucapan pada petang yang berbahagia ini, majlis mempersilakan Yang Dihormati Encik Mohd Munif bin Meor Mahmud, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Kati untuk menyampaikan ucapan.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas ucapan yang diberikan.

Ucapan GB






TAN TONIAH
Sidang warga dewan sekalian,

Tak lengkap bahtera tanpa nakhoda,
Tak lengkap malam tanpa purnama,
Tak lengkap lagu tanpa irama,
Tak lengkap sambutan tanpa ucapan alu-aluannya..

Dengan ini, majlis mempersilakan Yang Berusaha Puan Hajah Zubaidah binti Harun, Guru Besar SK Kati untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.  Dengan segala hormatnya dipersilakan. 



Selesai ucapan


Ucapan Perasmian




FARIDAH
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Tuan Guru Besar atas ucapan yang telah dilafazkan.

Daun semulur di pekan sari,
Batang jerami rebah ke bumi;
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami
.

Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan Yang Berusaha Encik Safuan bin Haji Raba’ai, Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Kangsar untuk tampil ke hadapan bagi menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan majlis kami pada petang ini.  Majlis dengan hormatnya mempersilakan.





Selesai Ucapan





Persembahan





TAN TONIAH
Majlis merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berusaha Encik Safuan bin Haji Raba’ai atas kesudian menyempurnakan majlis sebentar tadi.

Hadirin sekalian,

Buluh diikat di tepi jalan,
Untuk digubah menjadi para;
Persembahan prasekolah kami hidangkan,
Semoga terhibur hati yang lara.

Kami tampilkan persembahan daripada anak-anak prasekolah dengan tarian “Penguin’s Dance” dan “Baby Shark”. Majlis dengan sukacitanya mempersilakan.



Selesai persembahan


Penyampaian hadiah Slot 1
FARIDAH
Demikian persembahan prasekolah SK Kati. Persembahan tadi di bawah bimbingan guru-guru dan pembantu prasekolah.

Sidang warga dewan sekalian,

Kini tibalah saat yang dinantikan,iaitu penyampaian sijil dan hadiah kepada penerima anugerah pada petang ini. Diharapkan semua para penerima sudahpun bersiap sedia.  Mendahului senarai penerima hadiah ialah anak-anak di Tahap 1 iaitu Tahun 1 -3.

Sebelum itu, majlis dengan sukacitanya menjemput Encik ………………………………………………………………….. mengiringi………………………………………………………. untuk upacara penyampaian hadiah. Dengan hormatnya, majlis mempersilakan.

Dijemput ke pentas adik…(Rujuk senarai nama)




Graduasi
prasekolah
Tahap 2
Mata Pelajaran Terbaik
Kehadiran Penuh
Graduasi Tahun 6

TAN TONIAH
&
FARIDAH
Majlis diteruskan dengan graduasi prasekolah.  Dipersilakan…(rujuk senarai nama)

Seterusnya, kita persilakan penerima hadiah Tahap 2. Mendahului senarai penerima, dipersilakan (rujuk senarai nama)

Penyampaian hadiah seterusnya, dipersilakan murid yang mendapat anugerah mata pelajaran terbaik dalam kelas dipersilakan (rujuk senarai nama)



Persembahan









Selesai persembahan




Penyampaian Hadiah Slot 2


















TAN TONIAH
&
FARIDAH
Hadirin yang dikasihi sekalian,

Majlis penyampaian hadiah berehat seketika.

Majlis mempersilakan pasukan ………………………. untuk membuat persembahan, dipersilakan.

Seterusnya, dipersilakan kumpulan lmtiyaz untuk mempersembahkan nasyid mereka.

Terima kasih diucapkan kepada pasukan …………………………….. atas persembahan itu tadi.

Untuk makluman para hadirin, persembahan itu tadi telah dibimbing oleh Puan Rabaatul Adaoyah dan Puan Nazraihan.

Acara diteruskan dengan penyampaian hadiah sijil penghargaan dan anugerah-anugerah khas.

Sesungguhnya di mana-mana sekolah, bakal-bakal pemimpin sudah mula dilatih untuk menjalankan tugas mereka seawal usia 9 tahun.

Sehubungan itu, sebagai menghargai jasa dan khidmat bakti mereka sebagai pengawas sekolah, pengawas pusat sumber dan pengawas ICT, maka pada hari ini kita berikan mereka sijil penghargaan.

Sebelum itu, majlis mempersilakan………………………………. …………………………………………………………………..untuk menjemput dan mengiringi ……………………………………….. ……………………………………………………..bagi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah. Dipersilakan.

Dipersilakan adik Muhammad Hafiz bin Hijazi, Ketua Murid SK Kati 2017,
Adik Muhammad Hidayatullah Qawiem bin Haris, Naib Pengerusi Pengawas Pusat Sumber,
Adik Muhammad Afiq Danial bin Farid Ridzuan, Pengerusi Pengawas ICT.
Seterusnya penyampaian hadiah untuk kategori Anugerah Sinar…..dipersilakan (rujuk senarai nama)

Berikut dijemput untuk naik ke pentas penerima Anugerah J-Qaf, dipersilakan….(rujuk senarai nama)

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian Anugerah kepada mereka yang telah mengharumkan nama sekolah dalam pertandingan-pertandingan di peringkat zon dan daerah.  Bagi Anugerah Kokurikulum, dpersilakan….(rujuk senarai nama)

Bagi Anugerah Ko-akademik pula, dijemput…(rujuk senarai nama)







Penyampaian Hadiah Slot 3
TAN TONIAH
Majlis mempersilakan….…………………………………………… untuk menjemput dan mengiringi……………………………….. untuk penyampaian hadiah seterusnya.

Hadiah Tunas Bestari, dijemput adik Ilham Aqil bin Asmawi, kelas 3 Inovatif.
Hadiah Lompatan Saujana, dipersilakan adik Raudah binti Zulhasnan dari Kelas 5 Kreatif.

Makin lama, makin bertambah debaran semua yang hadir pada hari ini...kerana kita sudah semakin menghampiri ke penghujung acara.  Sebentar lagi kita akan ketahui siapakah yang telah dipilih sebagai penerima anugerah tokoh-tokoh SK Kati bagi tahun 2017.

Sebelum itu, majlis dengan berbesar hati dan penuh takzim mempersilakan ……………………………………………………. ………………………………………………………………………… diiringi oleh ……………………………………………………….. ke pentas untuk upacara penyampaian anugerah.  Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan.

Untuk kategori Tokoh Nilam Bahasa Melayu dijemput adik Noor Safwana binti Mohamad Adli.

Bagi Kategori Tokoh Nilam Bahasa Inggeris dipersilakan adik Aina Danish binti Mohamad Ayob.

Seterusnya dijemput penerima anugerah Tokoh Kokurikulum, naik ke pentas bersama-sama ibu dan bapanya. Dipersilakan. (baca biodata)






Penyampaian hadiah tokoh
FARIDAH
Dipersilakan penerima anugerah Tokoh Murid untuk tampil ke pentas bersama-sama orang tersayang. (Baca biodata).

Sekali lagi, mohon kepada semua hadirin untuk memberikan tepukan gemuruh kepada semua para penerima anugerah cemerlang dan tokoh bagi Tahun 2017. 

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada………………………………………………………………atas kesudian menyempurnakan majlis penyampaian anugerah sebentar tadi.

Berakhirlah sudah tugas kami pada hari ini.  Tiba waktunya untuk menyusun jemari, membuang segala kerikil bersalut di hati.
Maaf andai ada salah silap tanpa disedari agar saat perpisahan ini indah berbunga mesra dalam jambangan ingatan.
Andai ada umur, tahun hadapan bersua lagi. Terima kasih kepada semua terutama tetamu istimewa kita pada hari ini yang sudi bersama-sama kita sehingga selesai majlis. 

Sekian, disudahi dengan kalam yang indah…
Waabillahitaufik walhidayah, wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…


Majlis menitipkan ucapan terima kasih kepada …………………………………. kerana sudi menyampaikan hadiah sebentar tadi

Kalungan aspirasi dipersembahkan kepada ………………………………..atas kesudian menyempurnakan majlis sebentar tadi.